
Sebuah Lagi Telefon Pintar Dengan Lubang Pada Paparan Skrin Kini Muncul – Lenovo Z5s
Sejak dua menjak ini, makin kerap kita mendengar berita mengenai kehadiran telefon pintar dengan rekaan lubang kecil pada paparan skrin. Nampaknya, Lenovo pun tidak mahu ketinggalan apabila terdapat desas desus mengatakan mereka juga akan melakukan perkara yang sama.
Lenovo dijangka bakal hadir dengan rekaan telefon pintar bersama lubang pada paparan skrin yang dikenali sebagai Lenovo Z5s. Lenovo Z5s menjadi bualan ramai pada hari ini apabila reka bentuknya telah tertiris di media sosial menerusi sebuah video.
Kandungan video berkenaan jelas menunjukkan Lenovo tampil berbeza berbanding Samsung dan Huawei apabila menempatkan lubang kecil tersebut di bahagian tengah. Persaingan kini semakin sengit, masing-masing ingin tampil terbaik!
[SUMBER]
_____________________________________________________________
Artikel berkaitan:

