Vmall.my Menawarkan Peranti Honor Dan Huawei Dengan Hadiah Menarik

Laman e-dagang rasmi Honor Malaysia iaitu Vmall.my kini mengadakan promosi Merdeka bermula semalam sehingga 30 September depan. Anda ditawarakan pelbagai hadiah menarik apabila membeli mana-mana produk dalam tempoh promosi dijalankan.

Setiap pembelian Honor 8 Pro (RM1,999) anda akan menerima sehelai kemeja-T, skin, botol gelas, dan beg sandang bernilai RM399. Manakala untuk Honor 5A, harga kini diturunkan kepada RM599 dengan penurunan sebanyak RM100.

Disamping itu, jika anda membeli Huawei P10 Lite, anda akan menerima sarung peranti dan botol gelas yang bernilai RM169. Sementara, P10 dan P10 Plus, sebuah kotak misteri bernilai RM299 akan diberikan secara percuma. Akhir sekali, kepada pembeli Huawei Y7 Prime, mereka akan membawa pulang satu botol gelas bersama sekeping baucar KFC bernilai RM74.

Meriahkan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Haji ini dengan telefon pintar baru dari Honor dan Huawei. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Vmall Malaysia.

You might also like