Acer Perkenal Acer Triton 500 dan Nitro 5 Versi Baharu – Tampil Dengan Spesifikasi Yang Dipertingkat!

Jenama komputer riba terkemuka, Acer kini telah memperkenalkan model baharu Predator Triton 500 dan Acer Nitro 5.

Predator Triton 500

Komputer riba kini tampil dengan pemproses yang berkuasa kuasa 10th Gen Intel  Core  dan dipadankan dengan kad grafik yang sangat baik iaitu NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER  or 2070 SUPER GPUs dengan rekaan  Max-Q. 

Bagi skrinnya pula, ia tampil dengan 300 Hz IPS 3 panel dengan 3 ms overdrive response time displays yang memberikan kehebatan paparan. Ia diperhebatkan lagi dengan NVIDIA G-SYNC  technology yang membawakan kualiti paparan yang terbaik.

Ia turut didatangkan dengan Wi-Fi 6 AX1650i wireless controller, E3100G ethernet controller and Control Center 2.0 bagi memberikan sambungan rakaian yanglebih stabil. Dari aspek memori, komputer riba ini diperlengkapkan dengan 32 GB of DDR4 dan storan sehingga 2 TB NVMe, RAID 0 SSD.

Acer Nitro 5

Komputer riba ini pula di datangkan dengan dengan pemproses 10 th Gen Intel  Core i7 dan dipadankan dengan GeForce RTX 2060 atau GeForce GTX 1650Ti yang terkini atau 1650 GPUs. Ia didatangkan dengan 2 M.2 PCle SSDs dan 1 TB HDD 1 bagi storan. Manakala  sehingga 32 GB of DD4R4 RAM dalam 2 user-upgradeable DIMM slots.

Skrin juga sangat hebat apabila ia dihadirkan dengan 15.6” FHD IPS dan tampil dengan 144Hz atau 120Hz kadar segar semula beserta 3ms response times.

Ia turut disertakan dengan Intel Wi-Fi 6 AX201 (802.11ax) dan Killer Ethernet E2600 bagi mempertingkat kestabilan rangkaian.

Harga Dan Ketersediaan

Predator Triton 500

  • USD 2,199.99 (kira-kira RM9584) – Amerika Utara (Mei)
  • EUR 1899 (kira-kira RM9045) – EMEA (Mei)
  • RMB14999 (kira-kira RM9207) – China (Mei)

Acer Nitro 5

  • USD749.99 (kira-kira RM3267) – Amerika Utara (Mei)
  • EUR899 (kira-kira 4281)  – EMEA(Mei)
  • RMB6499 (kira-kira 3989)- China (April)
You might also like