
MSi Perkenal Barisan Komputer Riba Yang Berkuasa!! – Memang Berbaloi Untuk Korang Beli
Jenama peranti komputer riba terkemuka MSi kini memperkenalkan barisan komputer riba terkini yang pastinya membuatkan anda tidak senang duduk untuk memilikinya.
GS66 Stealth
Model pertama yang bakal membuka mata anda adalah GS Stealh yang tampil dengan prestasi mengagumkan. Hadir dengan Pemproses berkuasa iaitu 10th Gen Intel Core-i9 10980HK / 10750HK + HM470. Turut dipadankan dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 SUPER dengan rekaan Max-Q 8GB GDDR6 / NVIDIA® GeForce® RTX 2060 6GB GDDR6.
Skrin juga sangat baik apabila ia disertakan dengan 15.6” Full HD (1920×1080), 300 /240Hz Refresh Rate, Bezel nipis dan sehingga 100%sRGB. Storan pula sehingga 2TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD dan memori DDR IV 16GB*2 (2666MHz).
Ia dijual pada harga bermula dari RM8,399
Creator 17
MSi turut memperkenalkan Creator 17 yang memaparkan spesifikasi dalaman yang sangat menakjubkan apabila ia disertakan dengan pemproses 10th Gen. Intel Core i7 10875H dan dipadankan dengan kad grafik sehingga Up to NVIDIA GeForce RTX 2080 Super dengan rekaan Max-Q 8GB GDDR6 pastinya memberikan kesan grafik yang terbaik.
Skrin yang ditampilkan adalah sangat baik apabila ia disertakan dengan skrin yang besar iaitu 17.3” UHD (3840×2160), MiniLED, HDR 1000, DCI-P3 100%, IPS-Level Thin Bezel. Storan juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 2× M.2 SSD Combo Slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA).
Creator 15M & Creator 17M
Dalam pada itu, bagi Creator 15M ia dihadirkan dengan pemproses sehingga 10th Gen. Intel Core i7 dan disertakan dengan kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 bagi Creator 15M. Manakala bagi Creator 17M pula hadir dengan NVIDIA GeForce RTX2060 8GB GDDR6.
Lebih menarik skrin juga adalah baik apabila ia disertakan dengan 15.6” Full HD (1920×1080), hampir 100% sRGB, IPS-Level Thin Bezel Display (Optional) bagi Creator 15M. Bagi Creator 17M ia tampil dengan 17.3” Full HD (1920×1080), hampir 100%sRGB, IPS-Level Thin Bezel Display (Optional).
Jika dilihat dari segi storan pula, 1× M.2 SSD Combo Slot(NVMe PCIe Gen3 / SATA), 1× M.2 SSD Slot(NVMe PCIe Gen3) bagi Creator 15M. Bagi Creator 17M pula, ia tampil dengan 1× M.2 SSD Combo Slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA)1x 2.5” SATA HDD.
GE65 Raider
komputer riba ini tampil dengan chasis yang sangat unik rekaannya dan kompak. Ia turut tampil dengan Mystic Light yang menggunakan 16.8 juta RGB aurora panoramic lights.
[MSI GT Titan / GP / GL Leopard / GF Thin versi terkini]
Komputer riba ini dilengkapi dengan pemproses 10th gen Intel H Series yang memberikan keupayaan yang mengagumkan. Ditambah dengan kad grafik dari NIVIDI GeForce pasti sangat menakjubkan.