

Bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan disambut pada bulan ini dan bulan depan, Huawei dengan berbesar hati menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM399 kepada anda yang membeli produk terpilih dari 11 Ogos hingga 1 Oktober kelak.

Kempen ini berlangsung bertujuan untuk menghargai pelanggan setia Huawei dengan memberikan hadiah-hadiah menarik. Disamping itu, pelanggan yang membeli siri Huawei P10 dan siri Mate 9 akan membawa pulang sebuah kotak hadiah premium, botol gelas Huawei, pelindung peranti, dan sarung boleh lipat. Manakala, untuk Honor 8 Pro, hadiah seperti sehelai kemeja-T edisi terhad Mobile Legend’s, skin Mobile Legend’s, botol gelas Honor, pelindung skrin, dan pelindung peranti akan diberi.
Melalui kempen ini, ia akan ditawarkan kepada pembeli yang terawal sahaja, berdasarkan siapa cepat dia dapat. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Facebook Huawei Malaysia atau kunjungi kedai-kedai sah Huawei yang berhampiran.

