Asus Umum Harga Baru ZenFone Max Plus & ZenFone 4 Max

Berita baik untuk rakyat Malaysia. ASUS Malaysia kini telah mengumumkan penurunan harga bagi dua model telefon pintar siri Max mereka iaitu Asus ZenFone Max Plus dan Asus ZenFone 4 Max.

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua peranti pintar ini dengan harga seperti berikut:

  • ZenFone Max Plus (M1) (ZB570TL) – RM499 (RRP: RM649)
  • ZenFone 4 Max (ZC520KL) – RM399 (RRP: RM499)

ZenFone Max Plus M1 adalah telefon pintar dipasang dengan kuasa cip Mediatek MT6750, 4GB RAM dan 32GB storan. Skrinnya bersaiz 5.7 inci HD+ dengan bateri 4,130mAh. Kamera utama 16MP + 8MP dan kamera hadapan sebesar 16MP.

ZenFone 4 Max dijana oleh cip Snapdragon 425 dan dilengkapi dengan 3GB RAM bersama 32GB storan. Hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci dan bateri berkapasiti 4,100mAh. Dwi-kamera belakangya menggunakan sensor 13MP+5MP dan kamera hadapan pula 8MP.

 

Baca Juga:

 

 

You might also like