
Harga Rasmi : RM 899
Apabila sebut sahaja tentang telefon pintar dengan sokongan kapasiti bateri yang besar, siri ZenFone Max keluaran ASUS merupakan antara model yang sering menjadi pilihan pengguna. Tetapi tidak dinafikan lagi bahawa pemilihan model ZenFone Max ini agak terhad untuk ciri spesifik itu sahaja kerana tiada banyak ciri menarik lain yang diketengahkan.
Baca juga: 7 Ciri-Ciri Menarik Tentang ASUS ZenFone Max Plus (M1)
Kini dengan kemunculan model terbaru ASUS ZenFone Max Plus (M1), ia tidak lagi sekadar menawarkan sokongan kapasiti bateri yang besar sahaja. Sebaliknya ia boleh dianggap sebuah telefon pintar yang lebih berbaloi untuk dimiliki kerana dijual pada harga mampu milik dengan pelbagai fungsi menarik yang mampu menarik perhatian pengguna untuk memilikinya.
:: SPESIFIKASI ::
:: PAKEJ PEMBELIAN ::
:: FIZIKAL ::
Skrin 5.7 Inci HD+
ZenFone Max Plus merupakan model pertama dari ASUS yang menampilkan penggunaan skrin dengan format 18:9 yang menjanjikan paparan lebih luas.
Ia menyokong skrin IPS LCD besar berukuran 5.7 inci dengan resolusi HD+ (1440 x 720 piksel) yang mendominasi hampir 80% daripada panel depan.
Kamera Swafoto
Walaupun ZenFone Max Plus bukanlah sebuah peranti yang menekankan aspek penggambaran swafoto, tetapi itu tidak bererti anda tidak boleh mendapatkan hasil gambar swafoto yang cantik.
Ini kerana ZenFone Max Plus dilengkapi dengan kamera depan 16 Megapiksel dengan sokongan aperture f/2.0 bagi memastikan imej yang lebih terang.
Butang Kawalan
Berbeza dengan model ZenFone yang lain, ZenFone Max Plus tidak lagi menyokong butang kawalan ataupun sensor pengimbas cap jari pada bahagian bawah skrin.
Sebaliknya butang kawalan seperti back, home dan recent apps akan tersedia di dalam skrin, manakala sensor pengimbas cap jari pula dipindahkan pada panel belakang.
Dwi Kamera
Keupayaan penggambaran kamera utama juga tidak kurang hebatnya kerana menyokong kombinasi dua lensa dengan bantuan satu LED Flash.
Lensa utama beresolusi 16 Megapiksel dan lensa kedua pula beresolusi 8 Megapiksel yang boleh digunakan bagi mendapatkan sudut penggambaran yang lebih luas, sesuai untuk mengambil gambar pemandangan.
Slot Kad
Penyediaan tiga slot kad pada ZenFone Max Plus adalah salah satu daripada kelebihan model ini berbanding peranti lain di pasaran yang kebanyakannya hadir dengan slot kad jenis hibrid.
Ini bermakna anda masih boleh menggunakan dua slot kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak.
Port audio
Jika anda sering mendengar muzik menggunakan fon telinga, ZenFone Max Plus tersedia dengan port 3.5mm audio jack pada bahagian atas kerangkanya. Bahagian bawah pula tersedia dengan port microUSB dan juga lubang speaker di sebelah kiri port tersebut.
Manakala lubang mirip seperti speaker pada sebelah kanan pula sebenarnya menempatkan mikrofon.
Prestasi dalaman peranti ini okay tak?!
Ini mestinya soalan yang anda semua tengah tunggu kan?!
Okay~~ bahagian 2 akan datang tak lama lagi~~ C Ya…





