Honor 5X Selamatkan Nyawa Pemiliknya Daripada Tembakan Peluru

Seorang lelaki di Chili, Amerika Selatan terselamat daripada ditembak peluru hidup oleh seorang perompak. Lelaki bertuah ini ditembak selepas dia mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank di Santiago, selepas selesai minum dengan rakannya di kedai berhampiran, dia dihampiri oleh tiga lelaki yang mencurigakan lalu melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Namun dia terselamat selepas telefon pintar Honor 5X yang diletakkan di poket dada menyelamatkan dia dari ditembusi peluru. Sejurus selepas kejadian itu, dua daripada tiga perompak ditahan polis dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian yang hampir sama telah berlaku di Afrika Selatan selepas seorang lelaki terselamat daripada ditembak dari jarak dekat dengan beralaskan peranti Huawei P8 Lite.

Kejadian ini menjadi perhatian umum dan Huawei menghadiahkan lelaki berkenaan sebuah peranti Huawei P9 Lite yang baru.

You might also like