
Xiaomi Mi 6 Secara Rasmi Dilancarkan! Hadir Dengan Qualcomm Snapdragon 835!
Keupayaan peranti keluaran Xiaomi tidak perlu lagi dipersoalkan kerana mereka sering mengeluarkan peranti yang baik pada harga yang berpatutan. Tahun ini peranti utama mereka Xiaomi Mi 6 dilancarkan lantas memberi pengguna smartphone berasa teragak-agak untuk membeli flagship dari jenama lain.
Rekaan luaran dengan kerangka bodi gelas 3D dan hasil pembuatan bingkai stainless steel patut dipuji. Sekali imbas sahaja membuatkan hati berasa terpegun apatah lagi keupayaan dalamannya yang setanding flagship dari pengeluar nombor satu dunia.
Jurutera Xiaomi meletakkan cip pemprosesan Snapdragon 835 dan kad grafik Adreno 540 untuk meledakkan kuasa Mi 6 sehingga 2.45GHz pada kelajuan maksimum. Bahagian kamera belakang menerima lensa sudut lebar 4-axis OIS 12MP dan 12MP telefoto dengan kemampuan menangkap gambar bokeh.
Kamera depan pula 8MP dengan fungsi beautify untuk swafoto yang baik dan jelas. Gambar yang diambil semestinya akan dipaparkan ke paparan skrin 1920 x 1080 HD penuh anti silau. Pengalaman permainan video dan menonton filem pastinya seronok dengan sistem pembesar suara stereo. Luaran yang baik tidak lengkap dengan ciri-ciri kalis percikan air dan pengimbas cap jari di bawah gelas.
Selain itu, perkakasan dalaman menggunakan RAM sebesar 6GB LPDDR4, storan 64GB dan varian atas iaitu 128GB tidak menyokong slot microSD tambahan. Sistem pengoperasian Android Nougat dan bateri berkapasiti 3350mAh memberi masa menunggu yang panjang buat pengguna. Pengecasan pantas Quick Charge 3.0 disambung melalui kabel jenis USB Type-C. Xiaomi Mi 6 juga menjadi peranti terawal menerima kehadiran Bluetooth versi 5.0.
Setelah meneliti spesifikasi ringkas di atas, warna pilihan ditawarkan adalah Hitam, Putih, Biru dan Silver. Manakala untuk pengguna yang ingin kelihatan unik dan berlainan, boleh mendapatkan warna Seramik dengan salutan emas 18-karat pada gegelung kamera belakang.
Harga Tawaran
• Varian 6GB RAM + 64GB ROM : CNY2,499 (kira-kira RM1,597)
• Varian 6GB RAM + 128GB ROM : CNY2,899 (kira-kira RM1,852)
• Warna seramik : CNY2,999 (kira-kira RM1,916)
Kami berharap Xiaomi Malaysia segera membawa masuk peranti ini, kerana rakyat Malaysia hari ini lebih cenderung untuk membeli peranti dengan harga yang jauh lebih murah dengan spesifikasi terbaik.