- Iklan -

Data Kencang Tanpa Had Dengan Pelan Prabayar UMI 36 Dari U Mobile

U Mobile hari ini melancarkan pelan prabayar terbaru yang dipanggil UMI 36, pelan ini menawarkan langganan VIP di JOOX Music selama 30 hari, internet berkelajuan tinggi, dan data tanpa had untuk WhatsApp dan WeChat. Bukan setakat itu, pelanggan UMI 36 juga akan diberikan data percuma untuk penstriman muzik melalui Music-Onz.

 

Pada harga serendah RM36 sebulan, para pelanggan akan menikmati kuota internet berjumlah 15GB – terbahagi kepada dua iaitu 7.5GB internet berkelajuan tinggi dan 7.5GB penstriman video melalui Video-Onz. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh menonton video Youtube tanpa had bermula pada jam 2 pagi hingga 10 pagi setiap hari. Bagi yang melanggan pelan UMI 26 pula, sebanyak 5GB data disediakan untuk internet berkelajuan tinggi dan Video-Onz pada harga RM26 sebulan.

 

Kedua-dua pek prabayar Unlimited Power juga didatangkan dengan data tanpa had untuk Facebook, Instagram, dan Twitter melalui App-Onz. Bagaimanapun, tiada pakej panggilan suara percuma yang ditawarkan untuk kedua-dua pelan ini.

Jadi bagi anda yang sedang mencari pelan prabayar yang berbaloi khusus untuk berinternet, U Mobile UMI 36 dan UMI 26 adalah pilihan yang tepat untuk dilanggan. Tetapi, jika anda seorang pengguna yang selalu membuat panggilan suara, pelan sama sekali tidak sesuai. Untuk info lanjut boleh layari U Mobile.

You might also like