Perkhidmatan Pascabayar Kekal Dikenakan Cukai 6%

Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan kekal dikenakan ke atas semua pengguna telekomunikasi pelan perkhidmatan talian secara pasca seperti yang telah diimplementasikan sejak era pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam satu kenyataan, Menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata pengecualian untuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja.

Seperti sedia maklum, penggunaan kad prabayar kebiasaannya digunakan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan pengecualian ini diberikan untuk membantu golongan berkenaan.

Baca juga :

Dalam pada itu, kerajaan turut menekankan pengecualian cukai SST untuk prabayar adalah hanya untuk pengguna warganegara Malaysia sahaja. Bagi warga asing pula, mereka akan tetap dikenakan SST untuk pelan pasca bayar dan prabayar.

Sumber 1 , Sumber 2

You might also like