
Samsung Galaxy Note 9 telahpun dirasmikan di pasaran tempatan dengan tawaran harga jualan RM3,699 untuk varian 128GB, serta RM4,599 untuk varian 512GB. Peranti ini mempunyai peningkatan yang ketara pada kuasa, produktiviti, ketahanan unggul dan hiburan penuh, hadir bersama tiga pilihan warna menarik iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue.
Ramai yang berminat pada warna baharu Ocean Blue ini, mungkin disebabkan S-Pen yang berwarna kuning nampak agak unik. Kini Samsung Malaysia membuka sesi pra-tempahan bagi Galaxy Note9 Ocean Blue berkapasiti 512GB, dengan tawaran PERCUMA seunit pembersih hampagas Samsung POWERstick bernilai RM889.
Tawaran promosi ini hanya berlangsung untuk 3 hari bermula 21 hingga 23 September 2018. Yang berminat boleh membuat tempahan di SINI.
Unboxing Samsung Galaxy Note9 ↓↓↓
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy Note9, Peningkatan Kuasa Lebih Sempurna
- Sambutan Meriah! Samsung Galaxy Note9 Habis Dipra-Tempah
- Perbezaan Dari Segi Luaran – Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8