Nokia 6.1 Plus & 5.1 Plus Bakal Bertemu Peminat Malaysia – 26 September 2018

Nokia 6.1 Plus

Kedua-dua peranti baharu Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 26 September 2018 nanti, dan kami juga telah menerima kad jemputan dari pihak HMD Global.

Nokia 6.1 Plus merupakan peranti yang beroperasi di bawah sistem Android Oreo, ia menawarkan paparan skrin 5.8 inci FHD+ dengan sokongan Corning Gorilla Glass, bersama itu juga terletak dwi kamera utama beresolusi 16MP + 5MP selain 16MP kamera hadapan.

Dilengkapi dengan cip pemproses Snapdargon 636, kuasa dalamannya disertakan 6GB RAM dan 64GB ROM yang mampu menyokong kad microSD sehingga 400GB, serta kapasiti bateri sebesar 3,060mAh.

Beralih ke Nokia 5.1 Plus pula, ia datang sekali dengan skrin 5.8 inci HD+, juga menggunakan rekaan dwi kamera utama di mana sensor 13MP + 5MP ditawarkan, selain 8MP kamera hadapan.

Peranti ini juga beroperasikan Android Oreo bersama cip pemproses MediaTek Helio P60 Octa-core 1.8GHz, 3GB RAM dan 32GB ROM (microSD sehingga 400GB), manakala kapasti bateri sama seperti Nokia 6.1 Plus.

Maklumat selanjutnya seperti harga jualan dan varian yang ditawarkan, akan kami sampaikan pada majlis pelancaran nanti.

 

 

You might also like