- Iklan -

Samsung Galaxy Note9 telah pun dilancarkan pada 09 Ogos yang lalu, pihak Samsung Malaysia juga telah membuka pra-tempahan bagi dua varian yang masing-masing ditawarkan pada harga RM3,699 bagi 128GB serta RM4,599 bagi 512GB.

Seperti biasa, ramai yang ingin tahu adakah terdapat perbezaan ketara pada Galaxy Note9 dan Galaxy Note8. Jawapannya tentu adalah “YA”, secara asasnya selain spesifikasi dalaman dipertingkatkan kepada lebih berkuasa, kebolehan S-Pen Galaxy Note9 juga menjadi taruhan utama pada siri Note baharu ini.

Rujuk jadual perbandingan spesifikasi di bawah untuk melihat apa yang membezakan antara kedua-duanya.

Selain spesifikasi, perbezaan dari segi luaran sebenarnya tidak ketara sangat. Boleh dikatakan agak mengelirukan terutamanya bagi yang tidak berapa ikuti perkembangan siri Note. Jadi, bagi memudahkan anda membezakan kedua-dua siri ini, kita tengok apa beza pula pada luaran mereka.

Panel Hadapan

Paparan skrin Note9 dan Note8 tidak banyak beza sangat, hanya 0.1 inci lebih besar pada Note9 (6.4 inci) berbanding Note8 (6.3 inci), dalam sekelip mata agak susah untuk membezakan kedua-duanya.

 

Panel Belakang

Berbanding panel hadapan, rekaan pada panel belakang lebih mudah dikenalpasti kerana kawasan kamera pada Note9 nampaknya lebih kecil berbanding yang sebelumnya.

Tambahan lagi rekaan pengimbas cap jari yang sebelumnya tidak disukai ramai kini menerima pembaharuan dengan beralih ke bawah kamera.

 

Sisi Kiri & Kanan

Posisi butang di bahagian kiri dan kanan terdapat sedikit perbezaan sahaja, di mana semua butang telah dinaikkan sedikit ke atas berbanding Note8.

 

Siri Atas & Bawah

Tiada perbezaan di bahagian atas dan bawah, namun jika dilihat secara terperinci, Note9 lebih lebar sedikit dan logam jenis matte tidak mudah memerangkap kesan jap jari berbanding Note8 yang bersinar.

 

S-Pen

Kehadiran S-Pen baharu ini mempunyai perbezaan pada sokongan fungsinya, bagi reka bentuk pula masih kekal pada saiz yang sama, hanya butang menjadi lebil kecil.

 

Ulasan…

Sampai sini sahaja perbezaan untuk kedua-dua peranti flagship Note, adakah anda lebih mudah membezakan? Untuk bahagian selanjutnya pada penambahbaikan Note9, kita jumpa di reviu seterusnya.

 

Unboxing! Samsung Galaxy Note9 ↓↓↓