Pokémon GO Berkolaborasi Dengan Anime Terkenal One Piece – Bantu Bangunkan Bandar Kumampto Yang Dilanda Gempa Bumi

Permainan mudah alih terkenal Pokémon GO kini melaksanakan kolaborasi bersama anime terkenal dari Jepun iaitu One Piece bersempena ulang tahun ke-3 permainan tersebut. Menariknya ia bakal berlangsung dari 22 hingga 29 Julai 2019.

Dalam permainan ini, anda boleh menangkap Pokemon Pikachu yang menggunakan  topi jerami seolah-olah watak utama Monkey D. Luffy dalam anime One Piece.

Acara ini dilaksanakan bagi membantu membangunkan semula bandar Kumampto yang dilanda gempa bumi. Menariknya,di bandar tersebut terdapat patung khas One Piece yang merupakan Pokestop khas yang menyediakan pelbagai karya dari pelukis One Piece iaitu Eiichiro Oda.

Bagi yang bermain game ini, pastikan anda memiliki Pikachu khas tersebut bermula minggu hadapan.

_______________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like