
Jenama telefon pintar terkenal Malaysia, Xiaomi Malaysia kini telah melancarkan peranti terbaharu iaitu Redmi 7A. Menariknya peranti ini ditawarkan pada harga mampu milik iaitu bermula dari RM399.
Peranti ini dihadirkan dengan saiz skrin 5.45 inci HD+. Turut dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 439. Turut dihadirkan dengan RAM sebesar 2GB manakala storan sebesar 16GB / 32GB.
Dari aspek kamera juga, ia dihadirkan dengan 12MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia dihadirkan dengan 5MP.
Kapasiti bateri juga sangat tidak mengecewakan apabila ia dihadirkan dengan 4000mAh. Jadi ia mampu bertahan dengan sangat lama.
Peranti ini bakal dijual pada harga RM399 bagi varian 2GB + 16GB. Dalam pada itu bagi varian 2GB + 32GB dijual pada harga RM439 dan tersedia di pengedar Mi Stores yang sah bermula dari 17 Julai. Namun bagi jualan atas talian, hanya versi 2GB + 16GB tersedia yang mana ia mula dijual dari 22 Julai di Shopee dan 26 Julai Di Lazada.

___________________________________
Artikel Berkaitan:

