
Wiko sebuah jenama yang sedang meningkat naik di pasaran global termasuk Malaysia kini memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu. Ia dinamakan Wiko Tommy 3 menampilkan skrin bernisbah 18:9 – paling murah setakat ini jika dibandingkan dengan peranti 18:9 yang lain. Mengenakan tanda harga sebanyak RM329, ia didatangkan dengan perkakasan berspesifikasi asas.

Menjadi trend semasa, Wiko Tommy 3 menyediakan paparan bersaiz 5.45-inci IPS bersama pemproses Quad-core berkelajuan 1.3Ghz yang menyokong 4G LTE untuk prestasi yang lancar. Ia turut ditemani memori RAM 1GB dan storan 16GB.
Sistem kamera menempatkan sensor 8 Megapiksel pada bahagian belakang sementara 5 Megapiksel di sebelah depan. Ciri tambahan seperti Face Beauty, Live Filters, dan Time-Lapse turut didatangkan bersama.
Wiko Tommy 3 hadir dengan pilihan warna Anthracite, Gold, Bleen, dan Cherry Red. Peranti ini boleh didapati bermula 5 Mac 2018 (hari ini) di penjual sah seluruh Malaysia. Pelanggan juga akan menerima jaminan selama satu tahun.

