Pelan Baharu Celcom Mega™ – Tawarkan Pilihan Data Tanpa Had Atau Kelajuan Terpantas! Lebihan Kuota Internet Dapat Menukar Ganjaran Tunai Di Boost!

2976

Celcom hari ini telah melancarkan pelan pascabayar inovatif terbaru, iaitu MEGA™ yang merupakan pelan pascabayar pertama di Malaysia menawarkan pengguna fleksibiliti untuk memilih pengalaman Internet berdasarkan pilihan penggunaan data, sama ada akses kepada kuota Internet tanpa had atau kelajuan Internet terpantas, melalui rangkaian terluas negara.

Ciri Menarik Pelan Celcom MEGA™

  • Menukar kuota Internet yang tidak digunakan kepada ganjaran tunai di e-dompet Boost, dengan 10GB data bersamaan RM5 pada setiap pengakhiran kitaran bil
  • Menawarkan kuota Internet 30GB pada RM80/sebulan dengan panggilan tanpa had kepada semua rangkaian.
  • Pengguna boleh memilih add-ons, sama ada Internet Mudah Alih Tanpa Had atau menu ‘ala carte’ Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi
  • Internet Mudah Alih Tanpa Had bermula dengan hanya tambahan RM18 sebulan
  • Internet Mudah Alih Berkelajuan Tinggi menawarkan jumlah kuota Internet yang sangat banyak bersama akses internet berkelajuan tinggi, kuota Internet yang tidak digunakan boleh ditukar dengan ganjaran tunai melalui e-dompet Boost serta Perayauan PERCUMA di 12 negara, dengan pelan tertinggi pada RM188.
  • Pengguna boleh memilih untuk berkongsi kuota Internet sehingga kepada 3 talian tambahan dengan menambah talian keluarga pada RM40 setiap satu talian (tambahan 15GB Internet untuk setiap satu talian) kepada pelan utama mereka.

Pelan pascabayar Celcom MEGA™ juga menawarkan nilai tambah atau Add-ons yang menarik demi melengkapkan pelbagai gaya hidup digital pengguna.

Add-ons ini adalah:
  • Celcom Passport™ – pengguna yang suka melancong boleh menggunakan kuota internet tempatan di luar negara melalui ‘Roam Like Home’
  • INTERNETshare™ – Perkongsian Internet di kalangan keluarga dengan hanya RM5 sebulan
  • Internet berkelajuan tinggi tanpa had melalui Ultra Hour Pass™
  • Sosial Tanpa Had untuk Bersosial tanpa had di Facebook, WhatsApp, Instagram dan Internet Lewat Malam.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Celcom.