Jabra Evolve 65t Kini Boleh Didapati Di Malaysia ~ Harga RM1,799

Jabra telah pun meluaskan portfolionya dengan melancarkan Evolve 65t – tambahan baru untuk alat dengar profesional mereka dan merupakan earbuds tanpa wayar pertama yang disahkan oleh Unified Communications (UC).

Earbuds ini dilengkapi dengan sokongan suara profesional dengan 4 mikrofon di samping, penawaran jangka hayat bateri sehingga 15 jam (dengan kes pengecasan). Ia turut menyokong fungsi kalis air dan debu pada tahap IP55 sekaligus membuatkannya sesuai untuk aktiviti luar.

Jabra Evolve 65t juga dilengkapi dengan sokongan pembantu Alexa, Google Assistant dan Siri. Selain itu, pengalaman muzik boleh disesuaikan dengan bantuan aplikasi Jabra Sound + yang tersedia untuk telefon pintar dan aplikasi Jabra Direct pula tersedia untuk komputer.

Bagi yang berminat, Jabra Evolve 65t kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,799 dan KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI!

You might also like