
Sony Xperia L4 Diperkenal – Sokong Nisbah Aspek 21:9 + 3 Kamera Utama + Bateri Lebih Besar
Sony Xperia L4 kini diperkenal! Ia membawakan banyak peningkatan berbanding pendahulunya dan berkongsi DNA yang sama dengan Sony Xperia 1 – di mana membawakan sokongan tiga kamera utama + nisbah aspek 21:9 + bateri lebih besar.
Sony Xperia L4 membawakan paparan LCD bersaiz 6.2″ HD+ dengan niosbah aspek yang lebih tinggi – sekaligus menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan dua aplikasi secara serentak dalam mod potret.
Untuk dalaman, ia dijana oleh cip pemproses MediaTek Helio P22 dan dibantu memori sebesar 3GB RAM dan storan terbina sehingga 64GB. Untuk kamera, ia menyertakan 3 kamera belakang dengan gabungan 13MP + 5MP + 2MP. Kamera selfie pula sebesar 8MP. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 3,580mAh.