Google Play Store Membuang Hampir 600 Aplikasi Yang Melanggar Polisi Iklan!

Google baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telah mengambil tindakan membuang hampir 600 aplikasi dari Google Play Store, termasuk menyekat dari Google AdMob dan Google Ad Manager di atas sebab melanggar polisi iklan.

Contoh iklan yang tiada butang “dismiss”

Pengumuman ini dibuat menerusi Google Security Blog, dan menurut polisi Google aplikasi yang dibangunkan tidak dibenarkan mempunyai iklan yang mengelirukan atau unsur menipu terhadap pengguna.

Sebagai platform yang terbuka, aplikasi yang ditawarkan dalam Google Play Store terutamanya aplikasi percuma sememangnya tidak dapat dielakkan daripada iklan yang dimuatkan ke dalam aplikasi tertentu.

 

 

You might also like