Xiaomi Redmi 6 Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Skrin 19:9, Snapdragon 625

1243
- Iklan -

Selepas satu persatu telefon pintar kelas pertengahan dilancarkan oleh beberapa pengeluar termasuklah kali ini giliran Xiaomi memperkenalkan Xiaomi Redmi 6 Pro. Selepas teaser yang dikeluarkan beberapa hari lepas, ternyata apa yang diramal oleh kami adalah benar.

Xiaomi Redmi 6 Pro dilengkapi skrin bertakuk bernisbah 19:9 bersaiz 5.84-inci IPS LCD FHD+ (2280 x 1080p) yang dikemaskan dengan rekaan unibodi berwarna merah, merah jambu, emas, biru muda, dan hitam. Ia dijana dengan teras utama Qualcomm Snapdragon 625, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB diatas sistem operasi Android Oreo dan antaramuka MIUI 9.

Bersama perkakasan lain, ia turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan berkuasa standard 10W (5V/2A). Sistem nyahkunci peranti diperkukuhkan menerusi pengimbas cap jari di sebelah belakang dan sistem pengecaman wajah AI Face Unlock.

Pada jabatan kamera, dwi lensa boleh diperlihatkan dengan gabungan sensor 12 MP + 5 MP bersama aperture f/2.2 dan ciri AI Potrait Mode, Bokeh, HDR, serta penstabilan imej optikal (OIS). Sementara kamera depan pula menggunakan sensor 5 MP dengan adanya integrasi penggambaran AI.

Xiaomi Redmi 6 Pro dikeluarkan dengan tiga varian berbeza antaranya:

3GB + 32GB = CNY999 (~RM614)

4GB + 32GB = CNY1,199 (~RM737)

4GB + 64GB = CNY1,299 (~RM799)

Tiada maklumat mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran Malaysia dan kita harap ia akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.