Jualan Pertama realme 5i Mencecah Lebih 4000 Unit Di Seluruh Malaysia

Jualan pertama bagi peranti terbaru realme 5i telah bermula pada 18 Januari 2020 yang lalu, peranti baharu dalam siri realme 5 ini menerima sambutan meriah dari peminatnya kerana melebihi 4000 unit terjual di seluruh Malaysia pada hari tersebut.

realme 5i yang diletakkan pada kelas pertengahan ditawarkan pada harga RM599, dengan spesifikasi dalaman seperti cip pemproses Snapdragon 665 AIE, 4GB RAM dan 64GB ROM, bateri 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga 30 jam, serta sokongan empat kamera utama 12MP + 8MP Wide-Angle + 2MP Portrait + 2MP Ultra Macro dan kamera swafoto 8MP.

realme 5i mempunyai dua pilihan warna antaranya Aqua Blue dan Forest Green, dan anda boleh dapatkan kotak hadiah CNY ketika membeli secara online di Lazada, bermula 28 Januari 2020 pada jam 12am.

[ Reviu Eksklusif realme 5i : Nampak Macam Sama, Tapi Tak Serupa…Memang Steady! ]

____________

BACA JUGA:

 

You might also like