
Bersempena hari kemerdekaan Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi, Huawei Malaysia bersama-sama Mini Owner Club Malaysia, Leica Malaysia dan Auto Bavaria MINI telah menjayakan program “Mini, Monochrome, Makan, Malacca” Treasure Hunt 2016!
Program tersebut disertai lebih 100 ahli Mini Owner Club Malaysia yang membawa mereka menjelajah ke bandaraya bersejarah Melaka untuk menyingkap dan mengenang kembali sejarah tanah air pada satu ketika dahulu. Dalam program itu juga, peserta dapat menikmati keindahan budaya, seni dan juga makanan istimewa di negeri tersebut.
Untuk mengabadikan memori sepanjang program, para peserta menggunakan peranti Huawei P9 yang sememangnya sudah terkenal dengan kebolehan kamera yang sangat baik. Memori sejarah, aksi pengembaraan dan gambar makanan dikongsi bersama peserta dan orang ramai melalui laman Instagram dengan hashtags #OOMINIxLeica #ColourfulMalaysia #OOmyfoodstories #HuaweiP9 dan #HuaweiMobileApac.

