iQOO 3 Muncul Lagi? Bakal Sokong Penyimpanan Berasaskan UFS 3.1?

Sebelum ini kami pernah berkongi satu artikel mengenai iQOO 3 yang dikatakan bakal muncul bulan ini. Sedikit demi sedikit spesifikasi mengenainya dikongsi dan terbaru, ia dikatakan mungkin menyertakan sokongan penyimpanan berasaskan UFS 3.1. Ia didedahkan menerusi sebuah posting yang kini tersebar meluas.

Di samping itu, terdapat juga sumber mengatakan iQOO 3 telah muncul di pangkalan TEENA dengan kod model V1955A dan spesifikasi penuh. Penyenaraian mendedahkan iQOO 3 bakal membawakan paparan bersaiz 6.44″ FHD+ AMOLED bersama persediaan pengimbas cap jari pada skrin.

Ia juga mungkin dibina dengan rekaan berlubang pada paparan hadapan dan kamera hadapan sebesar 16MP. Selain itu, ia juga mungkin menyokong kamera belakang 64MP.  Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan kita tunggu kemunculan rasmi kelak!

You might also like