Fungsi Baru Khas Buat Kaki Komik

1Satu fungsi baru iaitu Bubble Zoom telah diumumkan untuk aplikasi Play Books, fungsi tersebut bertujuan untuk memudahkan peminat komik membaca dialog-dialog di dalam komik. Fungsi itu diperkenalkan secara rasmi semasa acara Comic Con San Diego 2016 yang berlangsung pada 21-24 Julai 2016 yang lepas.

BZ_Justice_League_DC_2016-07Dengan fungsi terbaru ini, anda tidak perlu lagi zoom paparan smartphone menggunakan dua jari untuk membaca dialog dengan lebih mudah. Sebaliknya anda cuma perlu tekan butang volume atau tap pada bahagian kanan bawah skrin untuk membesarkan secara automatik dialog-dialog yang terkandung di dalam komik. Setiap kali anda tekan butang atau tap, dialog seterusnya pula akan dibesarkan.

You might also like