
Huawei Di Tangga Ke-83 Daripada 100 Syarikat Terbaik Dunia
Fortune 500 diterbitkan oleh majalah Fortune yang berpengkalan di New York, AS adalah senarai syarikat-syarikat global yang mencatatkan jumlah pendapatan fiskal tahunan. Di sini, syarikat Huawei telah naik tangga ke-83 daripada tangga ke-129 tahun lepas berdasarkan pendapatan tahunan USD78.51 billion menjadikan ia antara syarikat 100 terbaik dunia.
Kedudukan di dalam senarai Fortune 500 ini amat penting bagi semua syarikat kerana di sinilah mereka dapat mengenalpasti kekuatan, persaingan dan jurang ekonomi di dalam atau di luar negara. Apa yang menjadi kelebihan buat Huawei ialah, organisasi China ini adalah yang pertama mendapat anugerah World Most Valuable Brand List 2017 oleh Forbes.
Malahan, salah satu dari tiga badan induk, Kumpulan Bisnes Pengguna Huawei komited untuk menjadi pemangkin budaya teknologi kepada pengguna di seluruh dunia. Seperti yang sudah diketahui, Huawei juga masih menduduki tempat ke-3 dalam pasaran telefon pintar global, sekaligus berada di tempat teratas di China.
Jadi dengan fakta ini, adakah anda di Malaysia masih lagi ragu-ragu dengan produk mereka?

