
Jika anda tertarik dengan rekaan Xiaomi Redmi 5 yang menampilkan paparan skrin hampir penuh, anda juga mesti nak tahu apa ciri-ciri menarik yang terdapat pada telefon pintar ini bukan? Memfokuskan kepada pengguna yang mempunyai bajet sederhana, model ini menampilkan paparan antaramuka terbaru dari Xiaomi iaitu MIUI 9. Jom kita baca seterusnya…
KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?!
Penggambaran
Tidak seperti model sebelum ini yang memfokuskan untuk pengguna swafoto, Redmi 5 hanya dibekalkan dengan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel sahaja.
Walaupun begitu, ia masih menawarkan mod Beauty 3.0 yang boleh dilaraskan mengikut keinginan pengguna serta sokong Selfie-light.
Bagi penggambaran utama pula, telefon pintar ini telah dilengkapi sensor 12 Megapiksel dengan sokongan LED flash serta PDAF untuk penggambaran di persekitaran malap.
TIPS!! Pengguna juga boleh menggunakan sensor pengimbas cap jari untuk mengambil gambar swafoto!
HASIL GAMBAR
Di sini kami juga ada kongsikam hasil gambar yang diambil menggunakan Xiaomi Redmi 5 dalam beberapa mod berbeza. Mari lihat sendiri hasilnya…
OUTDOOR
INDOOR
MAKANAN
NIGHT MODE
SWAFOTO
Pengimbas Cap Jari
Berbeza dengan Redmi Note 5A, model ini telah dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari yang tiada pada model sebelum ini untuk menjaga privasi telefon pintar anda.
Selain menyokong sehingga lima jari dalam satu-satu masa, respon untuk membuka telefon pintar ini juga pantas.
Permainan HD
Ramai yang bertanya adakah model ini sesuai untuk mereka yang gemar bermain permainan mudah alih?

Walaupun hanya dibekalkan dengan memori RAM 3GB, bagi kami telefon pintar ini boleh dipertimbangkan!

Selain itu, telefon pintar ini turut dikuasakan oleh pemproses Octa Core berkelajuan 1.8GHz, 64-bit bersama grafik Adreno 505.
INFO
♦ Permainan Mobile Lagends memaparkan permainan dalam mod paparan skrin penuh.
♦ Permainan Mobile Drift Tuner pula tidak menyokong paparan skrin penuh.
Security
Kebanyakan telefon pintar hari ini telah didatangkan dengan aplikasi Phone Manager. Xiaomi Redmi 5 juga telah didatangkan dengan aplikasi sama yang dikenali sebagai Security.
Aplikasi pra-pasang ini membantu anda menguruskan peranti seperti memastikan sistem sentiasa dioptimumkan, memantau trafik data, memadam fail yang tidak diperlukan dan beberapa lagi.
Mod Sebelah Tangan
One-hand Mode atau lebih dikenali sebagai mod sebelah tangan nampaknya lebih praktikal kepada pengguna, terutamanya yang menawarkan paparan skrin besar.
Lebih menarik, walaupun hanya dibekalkan dengan paparan skrin 5.7 inci, Redmi 5 juga membolehkan anda mengakses skrin lebih kecil yang boleh dipilih saiznya iaitu 3.5 inci, 4.0 inci dan juga 4.5 inci.
ZON UJIAN
UJIAN 1: BENCHMARK
Ulasan: Jenama Xiaomi antara telefon pintar yang menawarkan harga jauh lebih murah dengan spesifikasi terbaik! Dengan bajet di bawah RM700, tidak dinafikan Xiaomi Redmi 5 ini masih boleh dianggap antara peranti Android yang masih menawarkan prestasi terbaik di dalam kategorinya.
UJIAN 2: BATERI
Sepertimana model Redmi Note 5A, model ini juga tidak dibekalkan dengan teknologi pengecasan pantas. Jadi untuk mengecas peranti berkapasiti 3300mAh dengan 5V/2V masih boleh dianggap baik, malah masa penggunaannya juga mampu bertahan lama.

Berdasarkan ujian yang dijalankan sendiri oleh kami, anda boleh lihat masa yang diambil untuk mengecas telefon pintar Redmi 5 seperti di bawah:

KOMEN
PRO
- Harga yang mampu milik, berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.
- Dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat bersama paparan antaramuka MIUI 9.
- Menampilkan paparan skrin hampir penuh berukuran 5.9 inci dengan resolusi HD 720p.
- Kamera 12 Megapixel dengan sokongan PDAF untuk fokus yang lebih pantas.
- Sokong pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan.
KONTRA
- Bateri yang tidak boleh ditukar ganti memandangkan telefon pintar ini menyokong kerangka unibodi.
- Masih menyediakan port microUSB yang agak ketinggalan jika diikutkan trend USB Type-C.
- Jika memiliki dua kad SIM, anda perlu membuat pilihan kerana ia menyokong slot kad jenis hibrid.










