
[Video] Kamera Huawei P20 Menandingi Kamera DSLR
Huawei menetapkan 27 Mac 2018 sebagai hari pelancaran Huawei P20 kepada umum. Seperti biasa sebelum menghampiri tarikh keramat, Huawei hari ini berkongsi dua video terbaru memperlihatkan peranti Huawei P20 dalam aspek penggambaran.
Kali ini, Huawei tampil berani dengan membuat perbandingan antara pengguna telefon pintar biasa dengan jurufoto profesional. Dalam video ini, pengguna Huawei P20 dilihat sangat tenang mengambil gambar dalam pelbagai situasi, sementara jurufoto profesional tersebut gigih menggunakan beberapa kamera DSLR dan prop untuk mengambil gambar dalam situasi yang sama.
https://youtu.be/KUAlUa5Q4Hg
https://youtu.be/_pqIYxjBiHQ
Menerusi video yang dikeluarkan ini, Huawei sangat yakin akan keupayaan kamera pada Huawei P20. Walau bagaimanapun, kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi kelak.

