Pertama Di Dunia! iPhone X Classic Liquid Gold Bermula Dijual!

iPhone X boleh dikatakan peranti Apple yang paling mahal setakat ini, tetapi ini tidak menghalang pengeluar terkenal dari Rusia iaitu Caviar untuk menghasilkan iPhone X mewah khas untuk peminatnya.

Baca Juga: Hasil Gambar Dari iPhone X

Caviar yang terkenal dengan tempah-khas, kali ini telah menghasilkan iPhone X Classic Liquid Gold yang merupakan pertama di dunia. Rekaannya sangat mewah di mana panel belakang terdiri daripada pelbagai bentuk geometri, sementara logo Apple direka dengan lebih menonjol. Sisi tepi iPhone X lebih menyerlah dengan emas tulen dan diukir dengan slogan “CAVIAR LUXURY STANDARD”.

Bagi mereka yang tidak kisah berbelanja lebih, Caviar iPhone X Classic Liquid Gold dijual pada harga RUB274,000 (kira-kira RM18,722) untuk model 64GB, manalaka untuk model 256GB pula dijual pada harga RUB289,000 (kira-kira RM19,747). Perbezaan harga yang sangat mengejutkan, sebanyak 3 kali ganda berbanding iPhone X biasa.

Satu lagi rekaan yang lebih “mesra harga” ditawarkan, Caviar iPhone X Classic Gold menggunakan kemasan emas di panel belakangnya.

Harga jualan untuk model 64GB ialah RUB257,000 (kira-kira RM 17,560), manakala untuk model 256GB dijual pada harga RUB272,000 (kira-kira RM 18,585).

 

You might also like