Sony Xperia XZ Dan X Compact, Wajah Baru X Series

2
Sony Xperia XZ

Sony Mobile Communication hari ini memperkenalkan dua model terbaru bagi siri X mereka yang menampilkan pelbagai pembaharuan dan tambah baik spesikasi, bersesuaian dengan apa yang mereka gariskan pada acara MWC yang berlangsung Februari lalu, di mana mereka mahu membina smartphone yang lebih bersifat peribadi dan bijak. Oleh itu, memperkenalkan Sony Xperia XZ dan X Compact.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sistem optikal yang lebih hebat dari model sebelum ini. Sony membawakan teknologi baru bagi siri Xperia dengan meletakkan dua sensor tambahan kepada kamera utama, menjadikan keseluruhan sensor yang beroperasi untuk sistem kamera kepada tiga sensor.

Sony Xperia X Compact
Sony Xperia X Compact

Sensor Exmor RS digunakan bagi menghasilkan gambar berkualiti tinggi dan sistem autofocus yang pantas. Laser AF pula digunakan bagi mengesan kedudukan subjek di dalam keadaan low light, lantas memudahkan anda memfokus imej di dalam gelap dan menghasilkan tangkapan yang sempurna. Sensor ketiga adalah RGBC IR yang digunakan untuk mengesan warna dan menala cahaya yang masuk, hasilnya cahaya dalam gambar anda akan seimbang.

Kamera Xperia XZ
Kamera Xperia XZ

Bukan sahaja kamera utama yang hebat, malah kamera hadapan juga menerima tambah baik. Kali ini Sony membawakan kamera 13 megapiksel (hanya Xperia XZ) untuk mereka yang gemar berselfie. Ada lagi, kamera ini juga dilengkapi ISO 6400 dan 24 mm wide angle lens bagi menghasilkan gambar selfie yang hebat di dalam keadaan low light dan juga selfie berkumpulan. Selain itu kamera hadapan ini juga mampu merakam video dalam resolusi Full HD.

Fungsi terbaru yang lain:
  1. Reka bentuk
    Loop Surface Design – Gabungan panel kaca dan besi bagi menghasilkan sebuah peranti yang seamless dan selesa dipegang.Warna – Selain itu Sony memperkenalkan warna baru, iaitu Forest Blue bersama-sama warna klasik Mineral Black dan Platinum (Xperia XZ). Bagi model X Compact, warna Mist Blue diperkenalkan bersama-sama warna sedia ada Universe Black dan Stylish White.
  2. PerisianBattery Care – Teknologi yang diintegrasikan bersama Qnovo adaptive charging bagi memantau dan mengawal status bateri. Battery Care akan mengawal kuasa pengecasan dan menghalang cas berlebihan.Smart Cleaner – mengoptimasikan peranti secara automatik.

Xperia XZ dan Xperia X Compact akan mula dijual pada 7 Oktober di semua pusat jualan Sony dan juga pengedar sah. Xperia XZ hadir dalam variasi Dual SIM dan Xperia X Compact hanya hadir dalam variasi Single SIM.

3

< Selain itu ada tawaran istimewa buat mereka yang melakukan pra-tempah melalui 11street. Setiap tempahan akan hadir bersama aksesori percuma (Sony Bluetooth headset, Curve Display screen protector, casing dan OTG 3.0 64GB Type C) bernilai RM 600.

 

 

 

Spesifikasi Sony Xperia XZ

4 5 6 7 8

Sistem Operasi Android 6.0.1 Marshmallow
Paparan 5.2 inci Full HD 1080p, TRILUMINOS
Pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 64bit
Memori RAM 3 GB
ROM 64 GB
MicroSD Sokongan sehingga 256 GB
SIM Dual SIM (hybrid slot)
Kamera Utama
23 megapiksel, triple image sensor, ISO 12800, 24mm wide lens, Intelligent Active Mode (5 axis stabilisation), SteadyShot dan rakaman video 4K.
Hadapan
13 megapiksel, ISO 6400, 22mm wide angle lens F2.0, SteadyShot, Intelligent Active Mode (5 axis stabilisation) dan rakaman video Full HD.
Bateri 2900 mAh
Warna Forest Blue, Mineral Black dan Platinum.
Harga RM 2,699

 

Spesfikasi Sony Xperia X Compact

9 10 11

Sistem Operasi Android 6.0.1 Marshmallow
Paparan 4.6 inci HD 720p, TRILUMINOS
Pemproses Qualcomm Snapdragon 640, 64bit
Memori RAM 3 GB
ROM 32 GB
MicroSD Sokongan sehingga 256 GB
SIM Single SIM slot
Kamera Utama
23 megapiksel, triple image sensor, ISO 12800, 24mm wide lens, Intelligent Active Mode (5 axis stabilisation), SteadyShot dan rakaman video Full HD 1080p.
Hadapan
5 megapiksel, ISO 3200 dan 25 mm wide angle lens.
Bateri 2700 mAh
Warna Mist Blue, Universe Black dan Stylish White
Harga RM 1,999

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

You might also like