Google Terjemah Bahasa Mandarin Kini Lebih Baik

2Google Translate boleh dikatakan aplikasi yang cukup mesra pengguna ketika memerlukannya untuk menterjemah, tetapi masih ada kekurangan yang amat perlu dipertikaikan. Kini, Google telah mengumumkan penambahbaikan pada enjin terjemahan mereka, terutamanya untuk bahasa Cina (Mandarin).

Penambahbaikan kali ini telah menggunakan sokongan Google Neural Machine Translation (GNMT) dalam usaha menawarkan terjemahan yang lebih tepat bagi ayat yang lebih panjang. Google mengatakan sebelum ini mereka membuat terjemahan untuk setiap perkataan terlebih dahulu, di mana cara ini sering menunjukkan ayat yang sedikit pelik untuk dibaca.

1Dengan sokongan GNMT, ia sekaligus mengurangkan kesilapan ketika terjemahan dan memberikan terjemahan yang lebih tepat dengan apa yang ingin disampaikan oleh ayat asal. Buat masa ini ia hanya menyokong terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Mandarin, mungkin akan memperluaskan lagi bahasa lain tidak lama lagi.

You might also like