LuDela, Lilin Pintar Yang Boleh Dinyalakan Menggunakan Smartphone?

6Sehingga hari ini, banyak produk pintar yang diperkenalkan selain smartphone dan jam tangan pintar. Contohnya beg, tali pinggang, cermin mata dan terbaru lilin pintar. Menariknya lilin yang dikenali sebagai LuDela ini, ia boleh dinyala dan dimatikan dengan hanya menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada smartphone sahaja.

2LuDela menggunakan teknologi Wi-Fire dengan tujuh ciri-ciri keselamatan semasa menyalakan lilin pintar ini. Selain boleh mengawal sehingga empat lilin serentak dengan menggunakan satu aplikasi sahaja, anda juga boleh mengawal tahap keterangan cahaya mengikut situasi yang diinginkan.

35Satu perkara amat menarik, ianya akan terpadam apabila sistem keselamatan mengesan terdapat objek menghampirinya bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan di LuDela.

colorTerdapat enam pilihan warna yang boleh dipilih dan ianya dijual pada harga USD 99 (kira-kira RM 410).

https://www.youtube.com/watch?v=1ayoxYoCUSo

You might also like