Tiga Model LG Q Stylus Dilancarkan – Dua Daripadanya Sokong IP68 & MIL-STD 810G

989
- Iklan -

Walaupun model kelas pertengahan keluaran LG jarang dilihat di pasaran tempatan, tetapi LG masih ligat memperkenalkan telefon pintar keluaran mereka untuk pasaran global. Terbaru tiga model LG Q Stylus telah dilancarkan secara rasmi iaitu Q Stylus+, Q Stylus dan Q Stylus α dengan spesifikasi pertengahan dan harga mampu milik.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan paparan skrin 6.2 inci FHD+ FullVision Display beresolusi 2160×1080 piksel, pemproses Octa Core 1.5GHz atau Octa Core 1.8GHz, bateri sebesar 3300mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge serta dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada ketiga-tiga siri LG Q Stylus adalah memori dan lensa penggambarannya sahaja. LG Q Stylus+ hadir dengan memori paling tinggi yang mana menyokong 64GB ROM + 4GB RAM dan Q Stylus serta Q Stylus α pula dilengkapi dengan 32GB ROM + 3GB RAM bersama kad tambahan microSD sehingga 2TB.

Dari segi penggambaran pula, LG Q Stylus+ dan Q Stylus menyokong lensa yang sama iaitu 16 Megapiksel PDAF untuk kamera utama dan 8 Megapiksel sudut lebar untuk kamera hadapan. Manakala LG Q Stylusα pula adalah 13 Megapiksel serta 5 Megapiksel untuk kamera hadapan.

Namun begitu, hanya LG Q Stylus+ dan Q Stylus sahaja yang menyokong pengiktirafan IP68 dan MIL-STD 810G, tetapi ketiga-tiganya dilengkapi pen stylus, sokongan audio DTS:X Surround serta Q Lens. Buat masa sekarang LG masih belum mendedahkan harga bagi ketiga-tiga model ini.