Peranti Berkamera Unik vivo S1 Pro Akan Diperkenalkan Pada 3 Disember 2019

vivo S5 baru sahaja diperkenalkan di pasaran China minggu lepas, kini pasaran Malaysia juga akan melancarkan sebuah peranti baharu dari siri S yang mempunyai reka bentuk seakan vivo S5, tetapi dengan penamaan yang berlainan iaitu vivo S1 Pro pada 3 Disember ini.

vivo S1 Pro mempunyai rekaan yang menonjol, bukan sahaja pada penggunaan warna yang elegan bahkan reka bentuk kamera yang juga sangat unik berbentuk seperti berlian. Ruangan sini akan diduduki oleh lensa utama 48MP, bersama 8MP ultra wide-angle, 5MP depth dan 2MP macro.

Pada paparan skrin bersaiz 6.38” AMOLED FHD+ hadir bersama kamera swafoto 32MP, dikuasakan cip pemproses Snapdragon 665, 8GB RAM dan 128GB ROM. Bateri yang dipadankan pada kerangka ini adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Kalau anda berminat pada siri S terbaru ini, haruslah ikuti laporan selanjutnya dari kami ya~

 

 

You might also like