
Ekoran daripada kejayaan di Indonesia, Vietnam dan Thailand sebelum ini, projek perintis GrabBike kini dilancarkan di Malaysia – Lokasi terpilih adalah Lembah Klang dan ia berlangsung selama 6 bulan. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek “Proof of Concept” oleh kerajaan bertujuan menilai kebolehlaksanaan dan kesesuaian budaya bike-hailing dalam konteks setempat.
Cara Menempah GrabBike :
- Muat turun aplikasi Grab
- Aktifkan aplikasi Grab dan klik pada ikon Pengangkutan
- Masukkan lokasi pick-up & drop-off
- Pilih GrabBike sebagai jenis kenderaan

Menerusi perkhidmatan ini, pengguna Grab kini boleh memilih untuk menggunakan GrabBike tersedia untuk perjalanan dalam radius 10 km dari lokasi semasa. Bagi melindungi keselamatan pengguna dan pemandu, tempahan tunai untuk semua perjalanan GrabBike selepas jam 2 pagi tidak akan tersedia. Untuk maklumat lanjut, sila layari GrabBike. Muat turun aplikasi GrabBike : Google Play | App Store

