Nikmati Internet Tanpa Had Bersama Celcom Xpax – 48GB Data Hanya RM38/Sebulan

2124

Permintaan tinggi terhadap data Internet yang lebih banyak menjadi isu utama bagi semua pengguna masa kini, sekaligus mendorong telco tempatan lebih berusaha dalam menawarkan pelan yang lebih menarik dan berbaloi.

Terkini, Celcom sebagai peneraju telekomunikasi utama turut melancarkan pelan baharu mereka dengan tawaran data Internet yang lebih berbaloi. Pelan Prabayar terbaru Celcom Xpax menawarkan 48GB data Internet hanya dengan RM38/bulanan, atau 18GB data Internet hanya RM12/mingguan.

Selain itu, pelanggan Xpax juga boleh memilih Ultra Hour Pass hanya pada RM2 selama 3 jam, RM5 untuk 12 jam dan RM8 bagi 24 jam. Di samping juga boleh log masuk aplikasi Celcom Life (Android l iOS) untuk menikmati Internet tanpa had hanya dengan pilih “Buy More”.

Pek Prabayar Celcom Xpax pada RM10 juga menawarkan Internet berkelajuan tinggi 10GB untuk Facebook, Instagram dan Games Walla. Untuk Internet yang lebih banyak, para pelanggan juga boleh melanggan pas Internet yang termasuk YouTube tanpa had percuma dari 1 pagi hingga 7 pagi dan akses VIP untuk iFlix.