Samsung Akan Membina Cip 7nm A12 Untuk iPhone 2018

Selepas menamatkan perjanjian bersama Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Apple kini menjalinkan kerjasama dan dipercayai telah menandatangani kontrak perniagaan bersama Samsung pula. Apple kini memandatkan Samsung untuk membina cip 7nm generasi ke-12 (A12) untuk peranti iPhone pada tahun 2018 kelak.

Salah seorang daripada Timbalan Eksekutif Samsung juga memaklumkan bahawa Samsung sentiasa berada di hadapan dalam inovasi semasa global telah membeli beberapa buah mesin UV (UltraViolet) khusus dalam pembuatan set cip sekecil 7nm. Mesin tersebut juga dikatakan antara yang tercanggih masa kini yang mampu menghasilkan cip berkualiti sangat tinggi selari dengan kehendak Apple.

Menurut salah seorang pegawai dalaman, Samsung dan Apple meneruskan kerjasama ini hasil daripada kejayaan perjanjian panel OLED sebelum ini. Sementara menunggu pengesahan dari Apple bagi memulakan penghasilan cip A12, Samsung kini sedang giat menjalani ujian pada setiap mesin-mesin yang dibeli.

You might also like