
Huawei P20 dan P20 Pro baru sahaja dilancarkan semalam dan pada pengumuman tersebut pihak Huawei tidak memaklumkan ketersediaan peranti tersebut untuk pasaran tempatan.
Bagaimanapun, persoalan ini terjawab selepas pihak Huawei Malaysia mengirimkan jemputan kepada kami menyatakan siri Huawei P20 akan dilancarkan di Malaysia kurang dari seminggu lagi. Ini sekaligus menjadikan pasaran Malaysia menjadi yang terawal akan menerima Huawei P20 dan P20 Pro.
Walaubagaimanapun, harga untuk kedua-dua peranti masih lagi dirahsiakan oleh Huawei bertujuan untuk memberi kejutan kepada peminat di Malaysia. Tiada sebarang maklumat berkenaan Huawei Mate RS akan dibawa masuk ke pasaran tempatan buat masa ini.
Jangkaan kami untuk kedua-dua peranti yang bakal tiba, ia akan mengenakan harga bermula RM3,099 sehingga RM3,999 untuk versi Pro. Apa-apapun kita tunggu sehingga pelancaran rasmi kelak.
Beli di sini ⇓⇓