
Baru sahaja kita digemparkan dengan aplikasi Muslim Pro yang dikhabarkan telah menjual data kepada Amerika Syarikat dan orang ramai mula panik. Chill sahaja sebab korang boleh menggunakan aplikasi lain sebagai penganti. Jom tengok!!

mySolat

Ini adalah aplikasi pertama yang korang boleh gunakan sebagai penganti kepada Muslim Pro. Menariknya mengenai aplikasi ini adalah ia dibangunkan oleh JAKIM sendiri. Seperti Muslim Pro korang boleh waktu solat, zikir dan sebagainya. Apa yang penting, ia adalah percuma dan boleh dimuat turut oleh pengguna Android.
iSolat

Bagi pengguna Android, anda boleh menggunakan aplikasi iSolat. Jangan bimbang kerana ia amat mudah untuk digunakan dan interface yang sangat mesra pengguna. Selain daripada waktu solat, ia turut memaparkan kalendar Islam, kiblat dan sebagainya.Sama seperti MySolat, ia juga adalah percuma!
Raudhah

Selain itu, korang juga boleh menggunakan aplikasi Raudhah ini bagi mengetahui waktu solat, arah kiblat dan sebagainya. Lebih menarik lagi, aplikasi ini membolehkan anda menonton video-video ceramah seperti Alkuliyyah, Tanyalah Ustaz dan banyak lagi. Cuba teka anda perlu bayar atau tidak?? Jawapannya adalah percuma!!!!
Iman Pro

Jika anda pengguna iPhone, anda juga boleh mencuba aplikasi ini yang lebih simple. Sama seperti aplikasi yang lain, anda boleh turut boleh mengetahui waktu solat, arah kiblat dan lain-lain. Terdapat juga doa-doa yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian.Namunn anda perlu membayar jika mahu memuat turun iaitu hanya RM29.90 sahaja.
Athan

Bagi mereka yang menyukai interface yang simple tetapi sangat mudah digunakan, ini adalah jawapannya. Aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan dan anda berpeluang untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, ayat suci keluarga dan banyak lagi. Anda boleh membeli aplikasi ini pada harga yang lebih murah iaitu RM12.99 sahaja!!