
VoltDB Mengumumkan Program Rakan Saluran Global
![]() |
Program Baharu Yang Akan Membantu OEM, Penjual Semula dengan Nilai Tambah, Rakan Teknologi Dan Integrasi Sistem Dalam Perindustrian Berkaitan Internet, Perkhidmatan Kewangan dan Syarikat Telekomunikasi
BEDFORD, Mass., 18 November 2020 /PRNewswire/ — VoltDB, sebuah platform data yang terkemuka untuk keputusan masa nyata, telah mengumumkan pada hari ini sebuah program rakan saluran global yang baharu bagi OEM, penjual semula dengan nilai tambah (VAR), rakan teknologi dan integrasi sistem (SI).
Program ini akan membolehkan rakan-rakan kongsi menggunakan platform data VoltDB yang terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan analisis data pantas dan membawa transformasi digital mereka ke tahap yang seterusnya.
VoltDB menawarkan platform data yang terbukti stabil, kebolehan skala dengan keupayaan yang sangat bertepatan untuk syarikat telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan perindustrian berkaitan internet di mana pemprosesan tepi dan perkembangan pesat teknologi yang lainnya membuatkan ia mustahil untuk bertahan jika hanya menggunakan infrastruktur legasi sahaja.
“Kami telah menyaksikan perubahan yang ketara di dalam lanskap pengurusan data masa nyata selama lebih daripada 18 bulan ini.”, kata David Flower, Ketua Pegawai Eksekutif VoltDB. “Semakin banyak organisasi menyedari perlunya aplikasi yang berupaya membuat keputusan dan bertindak balas terhadap peristiwa sewaktu ia berlaku. Program rakan kami yang baharu ini direka khusus untuk membantu syarikat-syarikat memanfaatkan peluang ini dan membezakan mereka dengan penggunaan teknologi yang telah terbukti memberikan kelebihan daya saing yang besar.”
Program ini menawarkan:
- Harga utama dan potongan harga eksklusif
- Peruntukan bagi ujian dan lesen pembangunan
- Latihan sokongan teknikal dan L1 yang lengkap dengan pensijilan
- Sumber khusus daripada pasukan Kejayaan Pelanggan dan Rakan Kongsi VoltDB
- Keutamaan dalam sokongan dan pengurusan krisis
VoltDB telah bekerjasama dengan rakan kongsi di seluruh dunia dan memahami keperluan tertentu mereka dalam reka bentuk seni bina, pra-pengeluaran dan sokongan amalan terbaik, model pelesenan kebolehan skala, kerjasama tawaran dan insiden kritikal.
“Rakan kongsi kami menggunakan VoltDB dalam beberapa teknologi yang paling maju dapat dibayangkan dan memacu hasil yang mengubah keadaan,” kata Michael Holcroft, Pengarah Saluran Global dan Kejayaan Pelanggan di VoltDB. “Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan itu dengan memastikan mereka berkebolehan dan disokong sepenuhnya dalam setiap langkah mereka.”
Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana perkongsian dengan VoltDB dapat membantu anda dalam memberikan penyelesaian yang paling terkini kepada pelanggan anda, sila lawati laman web.
TENTANG VOLTDB
VoltDB membolehkan organisasi global berkembang daripada analisis data besar kepada keputusan data yang cepat dan memperoleh keputusan segera daripada peristiwa anomali yang didapati di pelbagai aliran data pantas. Platform ini memberikan keputusan yang tepat, dibuat dalam tempoh kurang daripada 10 milisaat, yang mempengaruhi pengewangan secara langsung, mencegah penipuan digital dan inisiatif transformasi digital yang canggih. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati VoltDB dan ikuti kami di LinkedIn.
Logo – https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/11/voltdb-mengumumkan-program-rakan-saluran-global.jpg
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics
Source: PRNEWSWIRE