Huawei Keluarkan Komputer Riba – MateBook X, MateBook E, MateBook D

https://www.youtube.com/watch?v=kuZWxnflMZc

Huawei menunjukkan taringnya apabila mula mengeluarkan barisan MateBook pertama oleh mereka. Buat julung kalinya Huawei memperkenalkan MateBook X, MateBook E dan MateBook D yang menggunakan perisian Windows 10.

 

Huawei MateBook X – Bermula dari 1,399 – 1,699 (lebih kurang RM6,732 – RM8,176)

Huawei MateBook X pada asasnya diilhamkan sendiri oleh Apple MacBook. MateBook X melihatkan persamaan yang ketara dengan peranti dari barat itu, tetapi dipertingkatkan dalam banyak aspek.

Pertama, paparan X menggunakan panel IPS 13 inci 2160 x 1440, dengan bingkai yang sangat nipis. Malah, ia mempunyai nisbah skrin ke badan 88%.

MateBook X dilengkapi dengan Generasi ke-7 Intel Core i5 atau i7, 4GB atau 8GB LPDDR3 RAM dan 256GB atau 512GB SSD. Ia hadir tanpa kipas dan bateri 41.4 Wh yang boleh digunakan sehingga 10 jam untuk sekali pengecasan.

MateBook X yang mempunyai berat hanya 1.05kg dan ketebalan cuma 12.5mm dengan pilihan warna Prestige Gold, Rose Gold, dan Space Gray.

 

Huawei MateBook D – Bermula dari 799 – 999 (lebih kurang RM3,845 – RM4,807)

Huawei MateBook D pula adalah komputer riba yang lebih tradisional dengan paparan skrin 15.6 inci 1080p, CPU Intel Core i5 atau i7, kad grafik Nvidia, jumlah RAM 4GB/8GB/16GB, storan 128GB/ 256GB SSD atau 512GB/ 1TB HDD, dan 1.9kg berat secara keseluruhan.

Buat masa ini tiga warna yang ditawarkan iaitu Champagne Gold, Space Gray, dan Aurora Blue.

 

Huawei MateBook E – Bermula dari 999 – 1,299 (lebih kurang RM4,807 – RM6,251)

Huawei MateBook E adalah pengganti kepada MateBook asal 2-dalam-1, model ini dilengkapi dengan skrin sentuh jenis IPS 12 inci 2160 x 1440, RAM 4GB atau 8GB LPDDR3, serta 128GB, 256GB atau 512GB storan dalam SSD.

Kuasanya pula daripada Generasi ke-7 Intel Core i5, bersama-sama dengan grafik Intel HD615. Bateri pula berkapasiti 4,430mAh yang mampu bertahan sehingga 9 jam.

MateBook E ditawarkan dalam warna Titanium Grey dan Champagne Gold. Ia hadir dengan papan kekunci folio dan berat hanya 640g tanpa papan kekunci dan 1.1kg jika ia disambungkan.

You might also like