Instagram Menambah Lokasi Dan Hashtag Stories Dalam Halaman Explore

Semenjak dua menjak ini Instagram nampaknya sering memperkenalkan ciri-ciri ‘baru’ yang diambil daripada aplikasi Snapchat. Walaupun begitu pengguna masih tidak hiraukan selain ia memberi lebih keseronokan kepada mereka. Hari ini anak syarikat Facebook memperkenalkan dua lagi ciri baru iaitu lokasi dan hashtag Stories yang boleh dijumpai di halaman Explore. Pengguna boleh tap ke bahagian kedua di bawah bersebelahan paparan home untuk menggunakan ciri ini.

Cincin stories ini akan mempamerkan berkenaan lokasi yang berhampiran dengan anda. Stories ini datang daripada pengguna yang menggunakan sticker lokasi di dalam stories mereka.

Selain itu, untuk stories Hashtag pula ia membantu dan memudahkan pencarian bergantung dengan minat anda. Oleh itu, apabila anda mencari hashtag, cincin stories ini mungkin berada di bahagian atas halaman. Ini pula dicipta melalui orang-orang yang telah menggunakan hashtag lokasi dalam stories mereka.

Jika stories anda dipaparkan di halaman orang lain, ia akan memberitahu berapa ramai yang telah melihatnya. Ciri-ciri ini akan mula berada dalam Instagram versi 10.22 di platfom Android dan juga iOS pada minggu-minggu akan datang.

You might also like