
Honor 7X yang dilancarkan di Malaysia pada akhir tahun lalu telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Peranti yang dijual pada harga RM1,099 ini menawarkan paparan hampir penuh dengan cip Kirin 659. Dengan memori RAM 4GB dan storan 64GB, ia juga menyediakan dwi kamera utama dan 8 Megapiksel untuk kamera depan.

Kini, honor mengumumkan peranti ini akan menerima kemas kini terbaru menawarkan ciri pengecaman wajah Face Unlock. Ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengakses peranti selain menggunakan pengimbas cap jari di bahagian belakang.
Bagi yang sudah teruja untuk memiliki ciri ini, honor memberitahu kemas kini ini akan mula tersedia untuk peranti anda dalam beberapa minggu lagi. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman rasmi honor Malaysia.
Baca juga :
1. Reviu Eksklusif (Bah. 1): honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9
2. Reviu Eksklusif (Bah 2): honor 7X, Prestasi Kamera & Benchmark

