Skor GeekBench Samsung Galaxy S20 Terdedah? Mencatatkan Single-Core 561 & Multi-Core 2358

Semakin hari semakin galak berita ketirisan pewaris baru Samsung muncul di media sosial…

Terbaru, Samsung Galaxy S20 dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench. Galaxy S20 5G yang muncul dengan kod nama “SM-G981U” dilihat mencatatkan markah sebanyak 561 mata untuk ujian single-core dan 2358 mata untuk ujian multi-core.

Senarai Geekbench juga menunjukkan ia dikuasakan oleh cip pemproses dengan kod ‘kona’ – di mana terdapat maklumat mendedahkan kod tersebut adalah nama yang merujuk kepada cip pemproses terbaru, Snapdragon 865. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan sesetengah pasaran dijangka dibekalkan dengan Exynos 9830 (Exynos 990).

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi sama – sama kita tunggu dan jangan lupa acara Samsung Galaxy Unpacked 2020 yang dijadulkan berlangsung pada 14 Februari ini! Kekal bersama eRing okay!


Artikel Berkaitan:

You might also like