
Petanda Baharu Samsung Galaxy Note 9 – Tidak Lag Lagi?!
Satu lagi petanda baharu didedahkan dari pihak Samsung mengenai kehadiran Galaxy Note 9 pada 9 Ogos nanti, setelah pendedahan ruangan storan besar.
Video acah kali ini jelas nampak masalah peranti sedia ada yang selalu lag atau hang setelah suatu ketika masa digunakan, sekaligus mengganggu kerja anda. Secara tidak langsungnya, Galaxy Note 9 akan menawarkan prestasi pengoperasian yang lebih efektif tanpa sebarang masalah lag atau hang akan berlaku lagi.
Kita nantikan ketibaan Galaxy Note 9 pada 9 Ogos 2018 kelak di Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018.
https://youtube.com/watch?v=qljRd9u1UqE

