
Harga: RM 1,099
Jika sebelum ini eRing telah berkongsi dengan pembaca di luar sana tentang spesifikasi dan juga reka bentuk luaran honor 7X, ruangan ini pula akan memaparkan prestasi kamera dan juga benchmark peranti kelas pertengahan ini.
Baca juga: Bah. 1: honor 7X, Model Pertama honor Tampil Dengan Paparan 18:9
Berdasarkan kepada beberapa ujian yang telah dijalankan, eRing merasakan bahawa honor 7X sememangnya boleh dianggap antara peranti kelas pertengahan yang sangat berbaloi untuk anda miliki, terutamanya untuk aspek penggambaran dan juga multimedia.
UNBOXING ↓↓↓
:: DWI KAMERA ::
honor 7X masih mengekalkan sokongan konfigurasi sistem dwi kamera yang sama seperti peranti honor dengan sokongan dwi kamera yang lain. Kamera utama yang beresolusi 16 Megapiksel ini merupakan lensa RGB, manakala kamera keduanya yang beresolusi 2 Megapiksel ini pula merupakan lensa monokrom yang akan digunakan bagi mendapatkan kontras dan juga kesan bokeh yang terbaik. Apa yang lebih menariknya, ia turut disediakan dengan pelbagai sokongan mod penggambaran untuk anda gunakan.
Pilihan fungsi kamera menarik:
Wide Aperture

Mod ini membolehkan anda mengambil gambar dengan efek bokeh (latar belakang dikaburkan) dan ia boleh dilaraskan secara manual antara 0.95 (efek kabur paling tinggi) sehingga 16 (efek kabur paling rendah).
Portrait Mode
Dengan mengaktifkan mod Potret, anda boleh mendapatkan hasil gambar dengan sentuhan efek bokeh dan juga beautification. Ini bermakna hasil gambar potret yang diambil akan kelihatan mirip seperti menggunakan kamera DSLR. Untuk menggunakan mod ini, subjek perlu berada antara 0.5 hingga 2 meter dari kamera.
Moving Picture
Apabila mod ini diaktifkan, ia bukan setakat mengambil gambar statik, tetapi anda juga sebenarnya boleh melihat klip video pendek berdurasi lebih kurang 3 saat dengan menyentuh ikon yang dipaparkan pada skrin.
Modes
Sememangnya honor 7X boleh dianggap sangat baik untuk aspek penggambaran kerana ia dilengkapi dengan 15 sokongan mod kamera yang berbeza. Antara mod kamera yang disokong termasuklah Pro photo, Pro video, Light painting, Time-lapse, Slow-mo, Good food dan banyak lagi.
:: HASIL GAMBAR ::
Wide Aperture vs Normal




Makro


Malam

Outdoor



:: BENCHMARK ::
AnTuTu 6 : 60695
Geekbench 4 : 3413
Basemark OS II : 1351
Basemark X : 7893
:: KESIMPULAN ::
PRO
- Paparan skrin 18:9 yang lebih besar iaitu hampir mencecah 6 inci tetapi tampil dalam saiz kerangka yang setanding peranti dengan skrin 5.5 inci.
- Sokongan dwi lensa 16 Megapiksel + 2 Megapiksel menjanjikan hasil gambar yang sangat berkualiti, ditambah pula dengan sokongan mod kamera yang pelbagai.
- Spesifikasi yang baik untuk peranti kelas pertengahan kerana menyokong memori ROM 64GB serta RAM 4GB, dan juga kapasiti bateri yang besar mencecah sehingga 3340mAh.
- Sensor pengimbas cap jari bukan sekadar berfungsi untuk menyahkunci peranti, tetapi turut menyokong pelbagai fungsi tambahan yang sangat praktikal untuk penggunaan sebelah tangan.
KONTRA
- Sokongan satu speaker berkualiti mono yang terletak di bahagian bawah kerangka agak kuat bunyinya, tetapi output audio mudah terganggu apabila anda memegangnya dengan cara yang salah.
- Berhadapan dengan isu fokus yang tidak sekata pada objek apabila mod Wide Aperture (bokeh) digunakan.
- Permukaan dwi lensa terlalu timbul dari permukaan panel belakang dan ianya boleh menyebabkan kemasan cat pada sekeliling bingkai kamera tercalar atau tertanggal.
- Masih lagi menggunakan port microUSB dan tidak menyokong teknologi pengecasan pantas.


