Gambaran Awal iPhone XI 2019 Tersebar, Sokong Sistem Tri-Kamera Utama?

Tular di media sosial mengenai maklumat ketirisan mendedahkan gambaran awal reka bentuk iPhone XI 2019 yang dijangka hadir dengan sokongan tiga kamera utama pada panel belakang.

Maklumat bocor tersebut mendedahkan iPhone XI dilihat hadir dengan modul kamera segi empat sama dalam susunan 2×2 (seakan mirip siri HUAWEI Mate 20) – menempatkan tiga lensa dan satu LED Flash.

Bagaimanapun, sumber mendakwa gambaran awal ini masih dalam peringkat Ujian Pengesahan Kejuruteraan (EVT) dan berkemungkinan besar terdapat perubahan pada rekaan akhirnya apabila dilancarkan secara rasmi pada September kelak. Sama-sama kita tunggu!

[SUMBER]

You might also like