Apple WWDC Ke-29 Ditetapkan Pada 4 Jun 2018

Apple hari ini telah mengumumkan acara WWDC bakal dipertontonkan pada 4 Jun sehingga 8 Jun 2018 depan. Acara kedua terbesar dikendalikan oleh Apple ini merupakan yang ke-29 bakal diadakan di San Jose, California.

Tahun lepas WWDC menampilkan perisian terbaru iOS 11, WatchOS 4, dua buah iPad, speaker Home Pod, dan sejumlah ciri-ciri terbaru. Acara ini diadakan khas untuk para pembangun dari seluruh dunia untuk bersedia dalam sistem operasi terbaru.

Pada tahun ini, Apple dijangka akan mendedahkan mengenai iOS 12 dan macOS generasi terbaru. Selain itu, mungkin akan ada pengenalan berkenaan iPhone ‘murah’ yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Buat masa ini, pendaftaran untuk sertai WWDC terbuka kepada para pembangun. Mereka terlebih dahulu perlu menjadi ahli dalam Program Pembangun Apple.

Sumber

You might also like