U Mobile Menawarkan Data Internet Dan Panggilan Tanpa Had Hanya RM78!

Jasmine Lee dan Eunice Martin merasmikan pelan terbaru Unlimited Hero P78

Tentunya anda sering kehabisan data Internet sebelum hujung bulan, U Mobile ialah jawapannya untuk anda bertukar sekarang. Pelan Unlimited Hero P78 baru sahaja dilancarkan dengan menawarkan data Internet serta panggilan tanpa had, pengguna hanya perlu membayar komitmen serendah RM78 sebulan untuk menikmati kelebihan ini.

“U Mobile yakin pelan yang terbaru ini merupakan pelan yang terbaik buat masa ini yang ditawarkan di pasaran Malaysia” ujar Ketua Pegawai Pemasaran, Jasmine Lee.

Pelanggan yang melanggan pelan ini tidak perlu lagi memantau penggunaan data mereka. Pelan ini memudahkan rutin seharian kerana pengguna lebih bebas dan tidak perlu risau tentang kuota yang digunakan. Selain itu, pengguna tidak perlu memikirkan tentang bil bulanan yang melambung kerana ia juga masih lagi mengekalkan Call-Onz™ panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Pelan Unlimited Hero P78 ini juga hadir dengan pakej data Internet percuma di perantauan, pengguna akan diberikan 5GB kuota Internet di 12 negara terpilih termasuk Korea Selatan, India dan Australia di dalam Roam-Onz™.

– Jasmine Lee and Eunice Martin at Unlimited Hero P78 Launch and Unlimited Ideas Creative Showcase

Dalam masa yang sama, U Mobile juga turut menganjurkan pameran kreatif “Unlimited Ideas”, di mana Eunice Martin, pemenang anugerah top food influencer di Influence Asia 2017, dijemput untuk berkongsi seni reka berasaskan minatnya terhadap penggayaan serta fotografi makanan dengan para tetamu. Dalam pameran ini, Eunice Martin juga menghasilkan karya seni makanan eksklusif yang memetik ilham daripada Unlimited Hero P78 terbaru.

You might also like